Monday, 2 December 2013
Throwback - Engaged 23.12.12
Lame dah tak jengah blog nie..rse berlumut/bersarang tebuan...huhu..
saje nk cite back to setahun lepas..sebb setahun lepas takder perasaan cam sekrg nie...sekrg ni perasaan yg berbunga riang ria...hahaa...
Persiapan untuk bertunang katenya...tak aspect pon nk melangsungkan pertunangan..tapi JODOH kan RAHSIA ALLAH...
Dan ni lah hakikat nya:
Cara Sujud Syukur
Sujud Syukur
Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan kerana mendapat nikmat daripada Allah SWT, tetapi harus diingatkan bahawa sujud syukur hanya sunat hukumnya apabila dilakukan kerana mendapat nikmat yang besar dan jarang-jarang sahaja. contohnya apabila dapat mendirikan rumah tangga, mendapat pekerjaan, mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan dan sebagainya. Jika sekiranya nikmat tersebut hanyalah yang biasa-biasa sahaja seperti dapat makan dan sebagainya hukumnya bida’ah.
Daripada Saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad SAW apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah SWT diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi r.a.
Syarat-syaratnya
1. Suci dari hadas besar dan kecil
2. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
3. Menghadap ke kiblat
4. Menutup aurat
Cara Melakukan Sujud Syukur
1. Niat, ” Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala “
2. Mengangkat takbiratulihram, ( Allahuakbar )
3. Sujud sepertimana sujud dalam Solat
4. Salam, ” Assalamualaikum warahmatullah “
Bacaan dalam sujud Syukur
1. Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Huwallahu Akbar ( 3 kali )
2. Kemudian berdoa di dalam hati
Subscribe to:
Posts (Atom)