Thursday, 22 December 2016

End of December 2016

mmg bersarang blog ni...lama sangat tak menaip..konon dolu..sibok org ber blog..aku nk gak..nah ko...last 2013 sampai sekrg dah nk masok 2017..bru nk menaip...sentappp..

iolls anak dah 2 kott..ahahaha...nk story mory mmg pjg cite ni.. yg pasti:

7 September 2014 alhamdulillah...anak perempuan nama Nur Adelia Jasmin..ciut miut cam ibu nye...


8 October 2016 alhamdulillah..anak lelaki, nama Muhammad Faisal Ghazzwai..ciut miut cam gakk ibu nye...hahahaa.


haaa..ni la cahaya hidup merangkap lampu suluh dlm kehidupan seharian...moga Allah permudahkan perjalanan zuriat2 ku ini..Amin...

Monday, 2 December 2013

Throwback - Engaged 23.12.12



Lame dah tak jengah blog nie..rse berlumut/bersarang tebuan...huhu..
saje nk cite back to setahun lepas..sebb setahun lepas takder perasaan cam sekrg nie...sekrg ni perasaan yg berbunga riang ria...hahaa...

Persiapan untuk bertunang katenya...tak aspect pon nk melangsungkan pertunangan..tapi JODOH kan RAHSIA ALLAH...

Dan ni lah hakikat nya:

GKP TQ..:)

Plan baju last minutes, dpt kat internet..beli je online ..abis cite..the rest, like hantaran sume aku gubah sendiri sambil housemate tolong2...

1) nak buat camni....



2) last jadi gini


 
 
 
~ Jodoh itu Rahsia Allah ~ Syukran ya Allah ~


Cara Sujud Syukur


Sujud Syukur

Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan kerana mendapat nikmat daripada Allah SWT, tetapi harus diingatkan bahawa sujud syukur hanya sunat hukumnya apabila dilakukan kerana mendapat nikmat yang besar dan jarang-jarang sahaja. contohnya apabila dapat mendirikan rumah tangga, mendapat pekerjaan, mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan dan sebagainya. Jika sekiranya nikmat tersebut hanyalah yang biasa-biasa sahaja seperti dapat makan dan sebagainya hukumnya bida’ah.

Daripada Saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad SAW apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah SWT diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi r.a.

Syarat-syaratnya

1. Suci dari hadas besar dan kecil
2. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
3. Menghadap ke kiblat
4. Menutup aurat

Cara Melakukan Sujud Syukur

1. Niat, ” Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala “
2. Mengangkat takbiratulihram, ( Allahuakbar )
3. Sujud sepertimana sujud dalam Solat
4. Salam, ” Assalamualaikum warahmatullah “

Bacaan dalam sujud Syukur

1. Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Huwallahu Akbar ( 3 kali )
2. Kemudian berdoa di dalam hati


Saturday, 16 February 2013

Johor Southern Tigers


malam Hari Jumaat lepas, Jumaat lepas??...lme dahhh....hahah...smpai tak igt bile pi tgok bola....

I tak lepas peluang pi Stadium Larkin with Cik Dinda...hahaha..tgok Southern Tigerss....woww!, smpai Pintu C...teruja beb...mmg 1st masok stadium tgok bola..

takder hebat sgt games mlm tu, tp dek kerana Harimau Selatan a.k.a Johor Darul Takzim vs ATM...haha...agak best gak la..

 
Aksi2 akrobatik mmg ader from JDT..tp sume tak masok gawang pintu gol..hahaha...tp yg teruja nye sebb para penyokong2..JDT...perghh...mmg tabik spring beb....



kat cni la aku duduk...ngadap gawang gol...tak berape jauh sgt ..so leh tgok ngan penuh emosi dan hepyy..hahhaha.... teruja nmpk Safie Sali...hahha...over ko Jemahh.....

mane sye dalam reramai tu??...mmg tak nmpkk..tenggelam dalam lautan manusia yg agresif ngan HS..ape2 pon, lupe mak jemah nk snap pic buat tatapan sndiri..hahaha...

~ Whatever who you're, what you do, remember...Allah ada untuk anda semua... ~

taraaa Feb!


lame tak bermain dengan kata-kata sendiri ....

hohoho....

sejak ke review / restart / remote / redesignated computer aku nie..teros tak bole ON blogg...sabotaj makcikk, budak2 ICT nie...ehhee..


now, mencube ON balik blog nie...skrgg...suke ati i la nk tulis ape kann....

Tuesday, 8 January 2013

minggu Pulasan


eloow geng..hehhee..

mak jemah busy lately nie..ader mcm2 benda nk jengah ..almaklumla..nk abis year 2012, nak masok tahun baru nie..keje melambak2...hehe.. (pdhal skit je, mak jemah suke ura2 kan)...

just nk story, mggu nie mggu pulasan...

leh dikatakan tiap2 ari ader Abg Despatch nie dok anto satu plastic pulasan...haishh...mmg rezeki...
i gurau jek, sbb tiap2 tahun pokok rambutan die mmg berbuah ranum gitu..tu yg mintak ala2 manja gitu..

tup2 dah ade siap2 atas meja sebungkus buah tersebut..hahhaa..

terima kasih ler abg deber..hehehe....


Monday, 17 December 2012

Gerak Gempurr ....

hai all, hehe....

lame mak jemah tak jengah blog ..kerinduan dalam kenangan plak rsenye...hehhe..
kli ni nk cite pasal Pintball Tournament 2012...

memula register ikot suke jek, semggu dah nak tournament rse cam males nak main, kaedah nye nk cancel last minutes...kene marah plak ngan Cik Dinda, die ckp...tak cukup org lagi mau tarik diri...

bukan ape, dok fikir kn lebam2 satu bdn dek peluru sesat tu..mau semggu nk baik woo...last2 terjah je la..hahha...name pon main suke2...

ready to shooterr

mmg takder pengalaman lgsung nak main, si Halim ni dok ckp..try dolu2..nanti lame2 okay puye...hehe..time briefing pagi tu...puye la byk tye..sbb tak reti lol...ehhehe


gile ah time ni, tak tau plak main kt padang..ujan n padang dah mcm bendang sawah..tgok kasot tu puye cam penari ballet kot..clean jek...tgok2 lepas nie..hahahhaa

tgok2..muke teruja pegang..hahaha
sedia ke medan tempur! tempur kewww...

The Color Killers name Group kiteorg, sentepp ok..hahaha...naseb mak jemah nmpk muda cam budak2 nie sume..hhehehe....1st masok, mmg ketar2 la kot...tk reti yg TOTAL ok..2nd games n seterusnye dah ok dah....ehehe..

Kesan nye balik umah...dapt 4 lebam biru..choyyy! ambik ko..nak sgt main...hehehehe...

ape2 pon hari tersbut yg happy... u guys rock!!



 
 

Thursday, 29 November 2012

Saat Aku Bernikah


Tertarik dengan ungkapan from website www.i.luvislam.com ....

"Aku yakin bahawa dia adalah jodohku."

Hampir semua orang pernah berfikiran sebegini. Kan?
Aku juga salah seorang. Tidak dinafikan.

Istikharah. Suatu amalan yang seringkali dikaitkan dengan jodoh. Padahal, istikharah tidak semestinya dilakukan untuk jodoh sahaja.

Jabir bin Abdullah menyatakan,
"Ada pun Rasulullah mengajarkan kami istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana nabi mengajarkan kami satu surah daripada Al Quran. Rasulullah menyatakan,

"Apabila kamu merancang sesuatu perkara, maka dia melakukan solat sunat dua rakaat."(Hadith ini direkodkan daripada Bukhari)

Ada beberapa situasi yang boleh dijadikan contoh, hasil pembacaan aku daripada sebuah buku berkaitan pernikahan.

Lelaki A sudah bertunang dengan perempuan B. Malah, keluarga mereka juga saling mengenali dan sudah merancang bernikah dalam masa beberapa bulan sahaja. Jika difikirkan, sudah tidak ada masalah lagi dalam urusan. Segalanya dipermudahkan. Kemudian, suatu hari, si A melakukan istikharah lagi, untuk tujuan kepastian. Padahal, sebelum bertunang beliau sudah istikharah dan diberi ketenangan hati. Dipendekkan cerita, si A seakan-akan nampak wajah orang lain dalam mimpi. Kemudian, si A bertindak memutuskan pertunangan dengan si B kerana dikatakan mendapat 'petunjuk' daripada Allah.

Soalan yang mudah. Adakah kita ini wali, yang begitu mudah mendapat petunjuk melalui mimpi? Boleh jadi mimpi tersebut gangguan syaitan.

Soal istikharah, tidak semestinya dapat melalui mimpi. Antara 'petanda' bahawa si dia adalah jodoh kita, adalah dengan segala urusan dipermudahkan.
Istikharah dilakukan untuk mendapatkan keyakinan dan kepastian. Sebagai tanda mengagungkan Allah dalam membuat segala keputusan. Jika sudah yakin, teruskan. Jangan biar istikharah jadi fitnah!

"Aku hanya menunggu jodoh yang ditetapkan Allah di Luh Mahfuz. Kalau sudah jodoh, tak akan ke mana-mana."

Pernah dengar ungkapan sebegini?

Adakah jodoh akan datang bergolek-golek dihadapan anda, kemudian anda terus bernikah? Tanpa ada usaha langsung?
'Come on'! Berpijak di bumi yang nyata!

Kesimpulannya:

Perancangan, sememangnya mudah. Umpama menaip menggunakan komputer riba. Memerah otak mengeluarkan idea-idea yang dirasakan bernas oleh penulis. Tetapi, bagaimana pula dengan pengaplikasiannya?

Berusaha untuk merancang. Namun, sekiranya berlaku tidak seperti apa yang dirancang, ketahuilah bahawa Allah sedang menyediakan yang terbaik untuk kita.

Aku merancang dan Allah juga merancang. Ketahuilah, bahawa Allah sebaik-baik perancang untuk hambaNya.

Sukanya untuk berkongsi rasa. Memberikan nasihat dan motivasi. Membawa masyarakat mengenal erti cinta yang sebenar. Bukannya definisi cinta yang hina! Cinta dikaitkan dengan ber'dating', berpegang-pegangan tangan, 'calling' dan 'sms' sehingga tengah malam. Maka membuatkan masyarakat begitu fobia dengan cinta.

Inginku terangkan kepada masyarakat. Apa itu cinta yang sebenar.
Betulkan definisi cinta! Kerana cinta yang suci adalah fitrah! Yang membawa kepada kita dan si dia dekat dengan Allah SWT.

Mulakan dirimu dengan mengenal Pencipta Cinta!


~ Source: Artikel Iluvislam.com ~

Wednesday, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434



Sumtime, Allah breaks our spirit to save our soul.

He breaks our heart to make us whole.

He sends us pain so we can be stronger.

He sends us failure so we can be humble.

He sends us illness so we can take care of ourselves.

Sumtime, God takes everthing away from us so we can learn the value of everthing he gave us.

Allah is great!..


~ Salam Maal Hijrah 1434 ~

Friday, 9 November 2012

Syukran




Tiap yang berlaku dalam hidup ini, ada hikmah di sebalik nya..

Saya mengerti dan faham ayat tersebutt..

.
Terima kasih Allah...
 
 

Thursday, 25 October 2012

Penghayatan Qurban



Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia.
 
Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.
 
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
 
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
 
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
 
Allahuakbar!!

~ http://ms.wikipedia.org ~

Monday, 22 October 2012



Listen to your favourite music and sleep tight everyone!
 

Friday, 12 October 2012

Nak....


Dalam hidup ni..tiada ape yg perlu kita kejar sebenarnya...
you gain some..you will lose some...adatlah tu..
 
kadang2 kita lupa pada apa yang kita ade..kita terlupa utk menghargainya...sehinggalah kita kehilangannya...
 
Cuma satu perkara...ajal maut jodoh pertemuan di tangan DIA...kita ni takde hak utk pertikaikan apa pun ketentuan DIA..apa pun yang berlaku pada kita adalah yg terbaik buat kita yg telah ditentukan olehNYA sejak azali lagi..sejauh mana pun kita lari..sekuat mana pun kita cuba utk menolak..jika ditakdirkan yg itu adalah ketentuanNya..kita kena redha...setiap perkara yang berlaku xkiralah baik atau buruk ade hikmah disebaliknya...percayalah..
 
~ Hidup ini akan terasa lebih INDAH....kalau kita dapat apa yang kita inginkan...
Tapi tak semua yang kita nak..kita akan dapat....
 
fuhh.......~
 
 

Monday, 24 September 2012

Dhuha Untuk Kita


Pertama kali dengar lagu nie..tertarik sgt2..sbb lagu ni teringat time pi Kem Motivasi kt Segamat, CSR activities...

best ceramah ustaz tu... :-)


اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ .

 

 Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh...



Tuesday, 18 September 2012

LEGOLAND..

Hari Malaysia...
dan kami ENTER LEGOLAND MALAYSIA...fuhh..seronok sehh....


dekat ngan umah n opis..mmg sentapp ler...asal tense je masok legoland...teros main Project X a.k.a roller coster lego...muehehehe...

muke gumbira dpt redeem daily pass...hahaha
byk permainan lom kami terjah..sbb cuaca kot...

dan pesanan penaja, dtg dalam waktu petang n redup la..dan bwk air mineral sendiri..sbb air kt dlm LEGOLAND tu...mahal lol...

dan kami hentam roller coster lego jek smlm..hehehe...tp seramm gak ler roler coster die..ape nk cite lgi...permandangan malam ..mmg salute...cantekkk sehh..sume LEGO...

lepas Volleyball Tournament...kami survey tempat...haha..TUAN Suhaimi nie mmg gilo rupenye...
yeah...kami la juara LEGO (tetibe)
kami ditemani org kanan parking..muehehee....terima kasih la kawan..hehehe..
 
its a real LEGO...
harge tiket skli enter RM110...tp kami amik yg daily pass..harge RM195...tu pon beli time bonus dolu...hahahha...valed until December 2013....
ni la PROJECT X...seremmm sehh...
ape pon, mmg enjoy!..meh la try masok...hehehe...klu nak masok, roger i...kekekeke..
selamat beristirehat okay....hehehe...
 
 
~ This is what we WANT - HAPPY : D ~
Add caption
 


Friday, 31 August 2012

Baris Sedia....

lame tak update blog..tau2 dah masok bulan September...hehehe..

ape pon, raya dah nak abis..
sekrg nk story pasal perbarisan...mmg tabik spring sebb berlatih 2 jam sehari jek...dlm masa 3 ari..mmg hebat korangg....bersungguh2 dalam sesuatu hal....hehehhee..ape pon, Selamat Hari Merdeka yg ke 55....Janji Ditepati!

tabik hormat kontigen UEML
kemengan tempat ke-3 dlam perbarisan...mmg salute!
 
moment yg best!
 

sempakk gakk...

ni die comittee member...haha
terima kasih byk2 pada semua kontigen2..atas kerjasama anda, walaupon kdg2 sya mare2 anda sebb lewat...tp itu satu semangat kemerdekaan....hehehe.....ini yg kami mahukan dalam diri anak muda!...ape pon, congrate u'olls...

~ Hidup ini adalah pilihan...tapi kesilapan dalam membuat pilihan kadang2 menjadikan kamu tidak mempunyai pilihan,. Mungkin maad mampu dihulurkan tapi ia tetap takkan mampu memberi kamu ruang untuk kembali ke garisan permulaan ~

Saturday, 28 July 2012

Five Stone yo!


Hi ollss..hehee..ari nie dtg opis, semata2 nk update blog, bole?..bole jekk..
nak story pasal Indoor Games yg kami aturkan pada staff semua bulan pose nie...

Mggu pertama pose aktiviti time lunch is:

CONGKAK & FIVE STONE..ehehe.... saya tak main congkak, sbb ramai lgi yg berkaliber rupenye utk main congkak nie...so, bidan terjun utk Five Stone jek a.k.a batu seremban..hahahha...

Memula ini...
ini gakk...


dan ini...hahahhaa...tu muke kalah....


last2 jadi pengadil...wakakkaa..


Esok nye repeat lagi...sebb ader ketidak puas ati an ttg batu seremban yg kami dpt...emosi time tu, tp oleh kerana pose...pihak penganjur tersebut telah memberikan kata putus utk repeat semula..dan saya main skli lgi ngan jaya nye, yg penting dpt collect point udah laa...hehehee.... :)

ape daa tangkap gambo tak reti si Muzot nie..hehehe
Dan akhir nye...go Jupiter go!..hehe, terima kasih la...

Jupiter lol...
Asal Usul Batu Seremban

Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan – dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Dan yg tak bole blah semlm ....sang pecinta alam Cik Dinda telah menunjukkn skill utk bermain batu seremban,,,tp malang nya die sungguh puitis ttg permainan tersebut sehingga mencetus kan kegelakkan dan kegeli hatian di kalangan kawan2...hahaha....jengkaut ye tik...
sumpah, sampai mlm tadi masih terigt2 ttg care ko main tik... :)

hehe...ok fin!

Tuesday, 24 July 2012

oh Ramadhan....

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu.

Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!


~ Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Berpuasa ~

Thursday, 19 July 2012

Futsal - July


Hi olls..fuhh...susah skrg nk update blog, maklum ler...tak de ape nk story, sume yg sedang2 and biase2 saje...

Mggu nie nk story about Futsal...sebb time Bowling Tournament tu, sye tak turun padang, sebb ader perkara lgi penting...

Lame tak main futsal, last tahun lepas rasenye, kasot pon dah koyakk..sejak dri tu mmg mmg takk arr nk main lgi...lusa tournament...ari nie baru sibokk nk training...mak aih..mmg pancit lol...

JUPITER, name tak best langsung, tp ramai yang menggeruni kami...tp...sentapp la sehh..dlm games ari tu, dpt no paling last..keciwa tak dpt pi Melaka....adehhhhh....

Sentapp makkk....


tgh warm-up..sempatt
Jupiter color is GREEN yo
Tahun depan, tobat tak moh main lgi Futsal nie....sebb rse cam tua benor dikalangan Futsal tempatan...hehehehe....

Dan akhirnye ni la die juara bergaya utk Southern...tahniah la geng..you're the best in the world ya..hahaha, selamat pi Melaka ye....naik beca... :)



~ Dan saye sgt suke kan moment ini...terima kasih Sahabat ~