Monday, 30 April 2012

J.O.D.O.H


Renungkanlah

Sedalam-dalamnya...Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.
Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat.
Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.


 Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikalmencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke
neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah
ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? 
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. 


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

"Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..Dia
datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..

~ Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...~

Wednesday, 25 April 2012

Senyum = Sedekah

Dari Sayyid Ali Ar-Ridha, dari Sayyid Ja'far Ash-Shadiq, dari Sayyid Ali Zainal Abidin, dari Ali bin Abi Thalib Radiyallahu Anhum, bahwa Rasulullah SAW bersabda,
"Sedekah itu dapat menghindarkan diri dari kematian yang tidak baik, menjaga diri dari tujuh puluh macam bencana."


فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh
(Surah An-Namlu 27 : Ayat ke 19)


~ Senyuman adalah ciptaan indah Allah SWT. Malah senyuman juga adalah kuntuman indah yan sentiasa dipersembahkan Rasulullah s.a.w. Manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya ~


Monday, 23 April 2012


Saturday yg nice, habiskan mase terluang dan terbuang kat Jusco..sempena meraikan hari2 housemate sye bergelar isteri org...tu darah manis tu, bawak pon tmpt2 yg agak terjamin keselamatan nye.. dah round satu Jusco, tgok baju-baja..ternyata perott agak laporr...

Rse mmg nk abiskan duit dlm bank tu, tu yg bantai lunch kt Secret Recipes..

white chocolate with green apple kasturi, tu sye puye
Sye makan Cabonara with Crispy Beef Strips...perghhh..menu baru nie sedapp sehh..ke guwe yg tak tau ader menu baru tersebut..sentapp!..hehehehe...rase cam nak tapau lagi bawak balik umah...

Plus 2 jenis cake...hehehe..
Dan housemate sye makan Curry Seafood Laksa...hehee, makan sampai merah muke tahan pedassss...hehehehe...

tu die pakai tudung Fareeda Cira..hehehe..santekkk

fuhh, kenyang tahap gaban, tu housemate sye ader hati lgi nk order chocolate lava..cheersss...hehhee, mmg tersandar teros kt Secret tu tak bgun2 la kan pendek kate nyee...lepas makan, kiteorg tercari lepas nie nak pegi mane?..sebb perlu kan berjalan sebb nk turun kan segala2 makanan yg dihadam td..hehehe...yok, carik CD korean..ehehee...ko tak abis2..mustilah...
dapat la capai 2-3 CD lagi..pirate...choyy!!..

tajuknye-The Greatest Love
Best tau cite nie..drama nie penah menang award Drama of The Year MBC 2011. cite nye pasal ..hurmm...tgok sendiri la...heheh.... watak name dlm cite tu Gu Ae-jung + Dokko Jin + Kang Se-Ri & yg paling ensem si Yoon Pil-joo..hehee...

~ Enjooyy ~