Thursday, 29 November 2012

Saat Aku Bernikah


Tertarik dengan ungkapan from website www.i.luvislam.com ....

"Aku yakin bahawa dia adalah jodohku."

Hampir semua orang pernah berfikiran sebegini. Kan?
Aku juga salah seorang. Tidak dinafikan.

Istikharah. Suatu amalan yang seringkali dikaitkan dengan jodoh. Padahal, istikharah tidak semestinya dilakukan untuk jodoh sahaja.

Jabir bin Abdullah menyatakan,
"Ada pun Rasulullah mengajarkan kami istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana nabi mengajarkan kami satu surah daripada Al Quran. Rasulullah menyatakan,

"Apabila kamu merancang sesuatu perkara, maka dia melakukan solat sunat dua rakaat."(Hadith ini direkodkan daripada Bukhari)

Ada beberapa situasi yang boleh dijadikan contoh, hasil pembacaan aku daripada sebuah buku berkaitan pernikahan.

Lelaki A sudah bertunang dengan perempuan B. Malah, keluarga mereka juga saling mengenali dan sudah merancang bernikah dalam masa beberapa bulan sahaja. Jika difikirkan, sudah tidak ada masalah lagi dalam urusan. Segalanya dipermudahkan. Kemudian, suatu hari, si A melakukan istikharah lagi, untuk tujuan kepastian. Padahal, sebelum bertunang beliau sudah istikharah dan diberi ketenangan hati. Dipendekkan cerita, si A seakan-akan nampak wajah orang lain dalam mimpi. Kemudian, si A bertindak memutuskan pertunangan dengan si B kerana dikatakan mendapat 'petunjuk' daripada Allah.

Soalan yang mudah. Adakah kita ini wali, yang begitu mudah mendapat petunjuk melalui mimpi? Boleh jadi mimpi tersebut gangguan syaitan.

Soal istikharah, tidak semestinya dapat melalui mimpi. Antara 'petanda' bahawa si dia adalah jodoh kita, adalah dengan segala urusan dipermudahkan.
Istikharah dilakukan untuk mendapatkan keyakinan dan kepastian. Sebagai tanda mengagungkan Allah dalam membuat segala keputusan. Jika sudah yakin, teruskan. Jangan biar istikharah jadi fitnah!

"Aku hanya menunggu jodoh yang ditetapkan Allah di Luh Mahfuz. Kalau sudah jodoh, tak akan ke mana-mana."

Pernah dengar ungkapan sebegini?

Adakah jodoh akan datang bergolek-golek dihadapan anda, kemudian anda terus bernikah? Tanpa ada usaha langsung?
'Come on'! Berpijak di bumi yang nyata!

Kesimpulannya:

Perancangan, sememangnya mudah. Umpama menaip menggunakan komputer riba. Memerah otak mengeluarkan idea-idea yang dirasakan bernas oleh penulis. Tetapi, bagaimana pula dengan pengaplikasiannya?

Berusaha untuk merancang. Namun, sekiranya berlaku tidak seperti apa yang dirancang, ketahuilah bahawa Allah sedang menyediakan yang terbaik untuk kita.

Aku merancang dan Allah juga merancang. Ketahuilah, bahawa Allah sebaik-baik perancang untuk hambaNya.

Sukanya untuk berkongsi rasa. Memberikan nasihat dan motivasi. Membawa masyarakat mengenal erti cinta yang sebenar. Bukannya definisi cinta yang hina! Cinta dikaitkan dengan ber'dating', berpegang-pegangan tangan, 'calling' dan 'sms' sehingga tengah malam. Maka membuatkan masyarakat begitu fobia dengan cinta.

Inginku terangkan kepada masyarakat. Apa itu cinta yang sebenar.
Betulkan definisi cinta! Kerana cinta yang suci adalah fitrah! Yang membawa kepada kita dan si dia dekat dengan Allah SWT.

Mulakan dirimu dengan mengenal Pencipta Cinta!


~ Source: Artikel Iluvislam.com ~

No comments:

Post a Comment