Monday, 30 April 2012

J.O.D.O.H


Renungkanlah

Sedalam-dalamnya...Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.
Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat.
Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.


 Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikalmencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke
neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah
ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? 
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. 


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

"Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..Dia
datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..

~ Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...~

Wednesday, 25 April 2012

Senyum = Sedekah

Dari Sayyid Ali Ar-Ridha, dari Sayyid Ja'far Ash-Shadiq, dari Sayyid Ali Zainal Abidin, dari Ali bin Abi Thalib Radiyallahu Anhum, bahwa Rasulullah SAW bersabda,
"Sedekah itu dapat menghindarkan diri dari kematian yang tidak baik, menjaga diri dari tujuh puluh macam bencana."


فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh
(Surah An-Namlu 27 : Ayat ke 19)


~ Senyuman adalah ciptaan indah Allah SWT. Malah senyuman juga adalah kuntuman indah yan sentiasa dipersembahkan Rasulullah s.a.w. Manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya ~


Monday, 23 April 2012


Saturday yg nice, habiskan mase terluang dan terbuang kat Jusco..sempena meraikan hari2 housemate sye bergelar isteri org...tu darah manis tu, bawak pon tmpt2 yg agak terjamin keselamatan nye.. dah round satu Jusco, tgok baju-baja..ternyata perott agak laporr...

Rse mmg nk abiskan duit dlm bank tu, tu yg bantai lunch kt Secret Recipes..

white chocolate with green apple kasturi, tu sye puye
Sye makan Cabonara with Crispy Beef Strips...perghhh..menu baru nie sedapp sehh..ke guwe yg tak tau ader menu baru tersebut..sentapp!..hehehehe...rase cam nak tapau lagi bawak balik umah...

Plus 2 jenis cake...hehehe..
Dan housemate sye makan Curry Seafood Laksa...hehee, makan sampai merah muke tahan pedassss...hehehehe...

tu die pakai tudung Fareeda Cira..hehehe..santekkk

fuhh, kenyang tahap gaban, tu housemate sye ader hati lgi nk order chocolate lava..cheersss...hehhee, mmg tersandar teros kt Secret tu tak bgun2 la kan pendek kate nyee...lepas makan, kiteorg tercari lepas nie nak pegi mane?..sebb perlu kan berjalan sebb nk turun kan segala2 makanan yg dihadam td..hehehe...yok, carik CD korean..ehehee...ko tak abis2..mustilah...
dapat la capai 2-3 CD lagi..pirate...choyy!!..

tajuknye-The Greatest Love
Best tau cite nie..drama nie penah menang award Drama of The Year MBC 2011. cite nye pasal ..hurmm...tgok sendiri la...heheh.... watak name dlm cite tu Gu Ae-jung + Dokko Jin + Kang Se-Ri & yg paling ensem si Yoon Pil-joo..hehee...

~ Enjooyy ~


Thursday, 19 April 2012

Hargai Kawan-Kawan


Carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.

Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah.             

TQ frends...

Nak cari di mana? Hmm, memang susah nak cari. Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam hidup kita. Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka 'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka.

Jom, hargai kawan-kawan di sekeliling kita hari ini juga.

doluuu...choyy!
Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita. Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya.

~Dalam hidup ini kita pasti akan memerlukan teman atau dipanggil sebagai rakan. Merekalah yang akan menjadi teman semasa kita masih hidup di dunia ini. Rakan yang baik akan sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan~

Wednesday, 18 April 2012



Not looking for love non friendship...
Juz hoping for something that last forever....









Friday, 13 April 2012


Tak perlu bersedih lama.
Cinta itu milik Allah.
Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya.

Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu..

TERIMA KASIH ALLAH.. :)

Thursday, 12 April 2012

Allah sentiasa menggantikan sesuatu yang kita hilang itu dengan yang lebih baik. Jika tidak sama dengan apa yang hilang, dia tetap memberi nikmat yang tidak ada tandingannya, KESIHATAN dan NAFAS.

Bayangkan jika nikmat itu ditarik. Terima Kasih Allah. :)

Tuesday, 10 April 2012


Mencintai tidak semesti-nya memiliki,
andai ada Jodoh pasti akan kembali...


Monday, 9 April 2012

Terapi Mood


Kali nie, sye ketengah kan pasal mood terapi..hehe, mmg terapi ni utk diri sendiri gak, baik utk kesihatan fikiran ..yewww...

* Hidup ini, ada satu perkara yg perlu anda fahami.
Kadang-kadang org yg paling anda inginkan adalah org yang akan buatkan hidupmu menjadi lebih baik tanpanya.

* Jangan sia-sia kan air mata untuk orang yg telah meninggalkan anda bukan anda yang rugi kerana kehilanganya, sebaliknya dia yang rugi kerana kehilangan anda.

* Kadangkala anda harus berhenti daripada mempedulikan seseorg, bukan kerana anda membencinya tetapi kerana dia tidak pernah peduli akan kehadiran anda.

* Sahabat sejati adalah orang yang sudi menyayangi anda, biarpon dia telah mengetahui semua buruk dan baik anda, serta masih tetap setia disisi anda.

* Merenung jauh menyaksikan kebesaran Tuhan, deruan ombak menghempas pantai dan warna air kebiru-biruan membantu menenangkan fikiran.
Bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Bahawa sesiapa yang mengalami masalah dan tekanan, tempat yang paling sesuai adalah beriadah di pantai sambil memandang laut yang tenang dan luas seperti lapangnya kotak fikiran tanpa masalah”.


Dan saya sedang cube/try/test utk mempergunakan senarai terapi2 diatas..ehehhee....



Remember tak, rsenye sye pernah story tentang NEMO, herewith is the conclusion of die puye life sekarang..

Mggu lepas, sye terima whatapps from her, she mostly be happy sekrang dan paling gumbira bila die story yang die akan berkahwin..Alhamdulillah..so, sye tye die, who is this guy?, then die ckp..wife to be no.2, OMG!...this time, sye tak reti nak tolak ayat tersebut...lame sye fikir ttg ini...
Maybe ini sudah tertulis dalam kamus hidup die, dan die anggap ia adalah takdir yang telah ditentukan oleh Allah..takder ape yg perlu sye buat, kecuali hanya doakan yg terbaik utk die..AMIN..

End of conversation with Whatapps, ader satu ayat yg die write-up yang boleh saye merenung dan berfikir sejenak...hurm...

Leen (awe-some nick nme time kt college), hidup ini pon sementara je..aku dah berusaha  nak apa yang aku nak...tp lastly aku redha dan berserah...Insya'Allah aku akan dapat harungi jalan yang aku pilih ni..doakan yg terbaik utk aku...Wslam..

Ape pon color dalam hidup kita, hadapi lah ia dengan SENYUMAN ok!



Wednesday, 4 April 2012

Syukur


Belated April Fool!..dpt Rezeki dari Allah...Syukran3x...

Tapi sye kne kerja...3 hari duty at Persada..

Day 1..sye rse pelik ngan booth nie...die mmg jual ubat-ubatan and makanan kesihatan...tp rse tertarik pi booth die sebb ader kepala pip tergantong and air terusan mengalir....hehehehe...

So, soalan bodoh nye from sye:..kak, magic ke ape nie?nak pegang bole??...
dan akak tu jawab dengan yakin nya, kalau nak tau ..sila lah beli produk kami....cheerrsss!!...ahahhahaha. Berkeyakinan tu mmg penting tp agak2 la mokcik nie nak tipu eden...sye pon sengall pi tye...hehe, realiti nye, ia ada satu saluran yg agak lutsinar dalam lubang paip tu yang memberi support antara jug dan kepala paip tergantung tu.., tu yg ia berdiri teguhh jek...aisehhhh....

paip oh paip...
Day 2...tentang makanan...suke makan..best, hehehe..

home-made rupe nye..

Saya try makan nie..BOTOK-BOTOK...tak penah makan sehhh selama dok kat JB nie...ader booth jual, tu try rase...dalam nie ikan disalut dengan daun pucuk ubi, dan daun2 kg. beserta rempah ratus...
nie home made...kita balik umah tggal kukus jek...panas kan....

ni rupe bentuknya..penoh dengan sayuran...
Sedap tapi PEDAS!...hehehhe...

Day 3..sye beli this tshirt..nak bgi Cik Dinda..sweettt...hehee...sebb belated bufday die....

Dear Cik Dinda, Hepy belated bufday ye cayang..nie i give to you later k..ehhee...same tak baju nie...satu utk you satu utk saye.....you make me SMILE okay...hehehhehehehe....lap u 4ever..

ijo turkoisss...cantekkk..
Sejujur nya, saya bersyukurr...

~ Sang mentari wewarnai pagi..riuhnya sang burung, nyaman ku rasa enak diulit mimpi semalam, tanda syukur dipanjangkan umur..jantung masih ku rasa..cerita semalam jadikan hiasan..cerita mendatang jadikan tatapan..~