Renungkanlah
Sedalam-dalamnya...Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.
Dan usia 35 tahun
belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina
kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa²
lewat sembahyang. Allah mendengar.
Biar lambat jodoh asalkan
mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang
tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir
kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia
juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan
terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita
sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.
Tidak mustahil pula
org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa
membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang
lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat
ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya,
motosikalmencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun
mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu
dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal
mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar
raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar²
membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.
Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik
sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul
untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi
ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai
orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.
Bukankah dengan ijab dan Kabul
selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul
juga turut banyak?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda
membina dosa seterusnya jambatan ke
neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah
ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah
ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika
tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkalacuba mendaki naik.
merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala
Berkahwin itu
indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu
menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk
mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan
insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya,
bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu
dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya
agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
"Seorang teman pernah
berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..Dia
datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..
datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..
~ Cinta yang
disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang
remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan
selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman
terselit didada...~
No comments:
Post a Comment